Banjir: Murid, guru SK Padang Kubu diselamatkan 

Banjir: Murid, guru SK Padang Kubu diselamatkan 

PASUKAN penyelamat membawa keluar murid Sekolah Kebangsaan Padang Kubu, Kijal di Kemaman, Terengganu  selepas sekolah itu dinaiki air hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seramai 43 penghuni asrama dan kuarters guru di Sekolah Kebangsaan  (SK) Padang Kubu, Kijal, dekat sini diselamatkan selepas sekolah itu dinaiki air, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata,  seramai 10 anggota bomba dan polis ke lokasi kejadian untuk memindahkan mangsa kira-kira pukul 7 pagi.

“Seorang guru menghubungi pasukan penyelamat berikutan mereka tidak dapat keluar selepas kawasan sekolah dan asrama sekolah itu dinaiki air.

“Kita membawa keluar seramai 29 pelajar dan 14 guru serta pasangan bersama empat kanak-kanak dengan menggunakan dua buah bot,” katanya hari ini.

Mohd Hafiezul berkata, kira-kira 500 meter laluan masuk ke sekolah itu yang berada di kawasan ladang sawit ditenggelami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan,” katanya, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya