Banjir: Mangsa di Kota Tinggi terus meningkat

Banjir: Mangsa di Kota Tinggi terus meningkat

BEBERAPA buah rumah penduduk di Kampung Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang digenangi air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Jumlah mangsa banjir di daerah ini terus meningkat dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pagi tadi.

Terkini seramai 68 orang mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di dua PPS di kawasan Sedili.

PPS terbaru dibuka pada pukul 11.45 pagi tadi di Balai Raya Kampung Perpat yang menempatkan 26 mangsa daripada lima keluarga, manakala jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut menunjukkan peningkatan, iaitu 42 orang daripada 12 keluarga berbanding 30 orang semalam.

PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang terawal dibuka kelmarin ditutup pada pukul 1 petang ini selepas 13 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya