Banjir: Lebuh raya dibuka semula untuk semua kenderaan

Banjir: Lebuh raya dibuka semula untuk semua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Jitra ke Hutan Kampung, di sini kembali dibuka kepada semua kenis kenderaan bermula kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, hanya lorong kanan di kedua-dua arah itu dibuka sementara lorong kiri masih ditutup.

“Keadaan banjir di kedua-dua laluan itu telah surut sepenuhnya dan kini telah dibuka semula untuk semua jenis kenderaan.

“Berikutan itu, pengguna lebuh raya dari arah Selatan yang mahu menuju ke Changlun dan sebagainya boleh melalui lebuh raya itu dan begitu juga untuk arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Kilometer (KM) 32.1 hingga KM33.2 Lebuhraya PLUS bagi arah Selatan dan Utara ditutup sepenuhnya sejak Ahad untuk semua kenderaan setelah laluan itu dinaiki air.

Pengguna dari arah selatan dilencongkan ke susur Bandar Darulaman, manakala kenderaan dari arah utara dilencongkan ke susur Kepala Batas untuk meneruskan perjalanan.

Sementara itu, Mohd. Redzuan berkata, kesemua laluan lain di sekitar daerah itu yang turut ditutup sebelum ini juga kembali dibuka secara berperingkat sejak beberapa hari lalu.

“Situasi banjir di Kubang Pasu juga beransur pulih, namun masih ada mangsa kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya