Banjir: Lapan PPS dibuka di Tanah Merah - Utusan Malaysia

Banjir: Lapan PPS dibuka di Tanah Merah

ANGGOTA polis membantu menyelamat mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Tanah Merah. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara(PPS) dibuka di Tanah Merah,dekat sini sehingga petang ini, ekoran hujan berterusan bermula pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sebanyak 49 keluarga yang terdiri 157 mangsa dipindahkan ke lapan PPS selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Katanya, mangsa yang terlibat  dari Kampung Lawang, Batang Merbau dan Kuala Kepok.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa banjir oleh pasukan polis turut dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya