Banjir: Kerajaan mahu liputan internet ditingkatkan di PPS 

Banjir: Kerajaan mahu liputan internet ditingkatkan di PPS 

FAHMI Fadzil (tengah) bergambar bersama Komuniti Madani selepas Majlis Bantuan Pasca Banjir di Pulau Kambing, Kuala Terengganu hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Masalah liputan internet yang lemah di pusat pemindahan sementara (PPS) akan diselesaikan segera melalui kerjasama erat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia dengan syarikat telco di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengambil maklum aduan yang diterima daripada mangsa banjir mengenai masalah liputan internet ketika membuat tinjauan di beberapa PPS sebelum ini.

Katanya, satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat agar langkah penambahbaikan dapat diambil untuk mengatasi perkara itu.

“Apabila satu-satu PPS itu terlalu sesak, memang ada risiko berlaku masalah liputan internet dan ini menyukarkan urusan mangsa banjir yang berada di PPS.

“Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan minta syarikat telco untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya dapat meningkatkan keupayaan liputan di kawasan yang bermasalah sebelum ini,” katanya selepas menyantuni menyampaikan bantuan Pasca banjir Ihsan Komuniti Madani yang terkesan banjir di Pulau Kambing, di sini hari ini.

Fahmi berkata, ketika ini sudah ada syarikat telco yang menggunakan teknologi AI di PPS, namun bilangannya perlu ditingkatkan selepas ini.

“Kita berharap liputan internet yang baik dapat membantu mangsa banjir di PPS lebih selesa untuk melakukan urusan harian mereka dengan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya