Banjir: Kemudahan asrama calon SPM kondusif 

Banjir: Kemudahan asrama calon SPM kondusif 

JELANI Sulong (kiri) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kemudahan asrama sementara untuk 1,155 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terjejas banjir adalah kondusif.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, pihaknya juga sentiasa memantau kebajikan calon SPM sepanjang mereka ditempatkan di asrama ketika banjir melanda.

“Makan minum dan kemudahan pembelajaran calon SPM semasa berada di asrama diambil berat agar mereka bersedia menduduki peperiksaan dengan lancar.

“Perpustakaan sentiasa dibuka, khidmat guru kaunseling dan bimbingan disediakan untuk menjaga emosi semua calon SPM ini.

“Oleh itu, tidak timbul sebarang isu negatif seperti mana yang tular dalam media sosial sedangkan hakikatnya perkara itu tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, di sini hari ini.

Calon SPM paling ramai terjejas banjir di negeri ini baru-baru ini ialah di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, ketika ini, tiada lagi calon SPM yang terjejas banjir menumpang di asrama mana-mana sekolah di Terengganu kerana mereka telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Jelani, sepanjang berada di asrama, calon SPM dihantar ke pusat peperiksaan alternatif mengikut jadual ujian bertutur bahasa Melayu ditetapkan.

“Di Terengganu, semuanya lancar setakat ini dan tiada mana-mana calon SPM yang terjejas banjir gagal menghadiri ujian bertutur tersebut.

“Jabatan optimis persediaan rapi ini berterusan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Op Payung walaupun banjir dijangka lebih buruk selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya