Banjir: Jumlah mangsa terus catat trend penurunan

Banjir: Jumlah mangsa terus catat trend penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara terus mencatatkan trend penurunan dengan 113,501 orang berbanding 124,732 pada 2 petang tadi.

Menurut Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi berkurang sebanyak 14.31 peratus kepada 485 PPS, manakala jumlah keluarga terjejas menurun sebanyak 18.06 peratus kepada 33,923 keluarga.

Mereka yang ditempatkan di PPS ketika ini terdiri daripada 75,593 orang dewasa, 34,438 kanak-kanak dan 3,470 bayi.

Bagaimanapun, Kelantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi mencatatkan penurunan iaitu 69,098 mangsa daripada 21,310 keluarga yang ditempatkan di 189 PPS yang dibuka di lapan daerah.

Di Terengganu, mangsa banjir direkodkan seramai 33,236 orang daripada 9,175 keluarga dengan 200 PPS dibuka melibatkan lapan daerah.

Kedah pula merekodkan penurunan seramai 7,551 orang daripada 2,322 keluarga kini ditempatkan di 43 PPS yang dibuka di lima daerah di negeri itu.

Sementara itu, Pahang mengaktifkan 22 PPS di tiga daerah iaitu Raub, Jerantut dan Lipis yang terjejas banjir bagi menempatkan seramai 1,675 mangsa daripada 549 keluarga. 

Johor pula merekodkan sedikit peningkatan iaitu 919 mangsa banjir daripada 257 keluarga ditempatkan di 19 PPS melibatkan tiga daerah.

Di Perak pula meningkat sedikit dengan 548 mangsa banjir daripada 171 keluarga direkodkan dan berada di tujuh PPS yang dibuka.

Manakala Melaka merekodkan penurunan kepada 167 mangsa banjir daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di dua daerah.

Perlis pula mencatatkan kenaikan seramai 233 mangsa banjir daripada 70 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di satu PPS yang dibuka di Arau.

Negeri terakhir terjejas ialah Negeri Sembilan dengan 74 mangsa daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya