Banjir: JPN tawar ganti sijil lahir, kad pengenalan hilang secara percuma

Banjir: JPN tawar ganti sijil lahir, kad pengenalan hilang secara percuma

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang secara percuma kepada mangsa banjir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas selepas musim banjir bagi memastikan urusan tersebut disegerakan.

“Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pasca banjir nanti,” katanya menerusi hantaran di laman X rasminya hari ini.

Situasi banjir di sembilan negeri terus bertambah buruk dengan mangsa kini mencecah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 7.30 pagi ini.

Negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya