Banjir: Dua kali solat Jumaat tidak dapat diadakan

Banjir: Dua kali solat Jumaat tidak dapat diadakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Solat Jumaat di Masjid As Solihin Mukim Bendang Pak Yong, di sini terpaksa diganti dengan solat Zohor apabila jemaah yang hadir tidak mencukupi 40 orang.

Pekarangan masjid masih digenangi air dan jemaah terpaksa menaiki bot dan ada yang berjalan kaki meredah banjir  untuk menunaikan solat.

Imamnya, Anuar Daud berkata, ini kali kedua solat Jumaat tidak dapat dilakukan di masjid ini sejak dilanda banjir selama 10 hari di Kampung Bendang Pak Yong dan beberapa kampung lagi.

Katanya, Jumaat lepas masjid ini tenggelam banjir dan hari ini pula jemaah tidak cukup.

“Yang hadir hanya 20 orang, masih ramai lagi penduduk kampung berada di pusat pemindahan banjir (PPS),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di masjid tersebut hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya