Banjir di Terengganu semakin kritikal, 42,281 mangsa dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu semakin kritikal, 42,281 mangsa dipindahkan

PENDUDUK menaiki sampan untuk meninjau situasi banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Situasi banjir di Terengganu semakin kritikal dengan mangsa terus mencatatkan peningkatan kepada 43,281 orang daripada 11,679 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, terdapat 305 pusat pemindahan sementara (PPS) sedang beroperasi di seluruh negeri ketika ini.

Banjir di Besut semakin meruncing dengan mangsa tertinggi iaitu 16,084 orang daripada 4,301 keluarga berada di 121 PPS.

Di Hulu Terengganu pula, mangsa terus meningkat kepada 7,080 orang daripada 2,223 keluarga di 59 PPS manakala di Dungun, mangsa bertambah kepada 6,470 orang daripada 1,627 keluarga di 39 PPS

“Di Setiu, seramai 6,332 orang daripada 1,665 keluarga dipindahkan ke 48 PPS manakala di Kuala Terengganu, jumlahnya terus meningkat kepada 2,940 orang daripada 722 keluarga di sembilan PPS,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Di Kuala Nerus, mangsa turut meningkat kepada 2,307 orang daripada 602 keluarga di 11 PPS manakala di daerah Kemaman, sebanyak 10 PPS disediakan untuk 1,230 mangsa banjir daripada 340 keluarga.

Di Marang, mangsa menurun sedikit iaitu 775 orang daripada 199 keluarga di lapan lokasi ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN