Banjir di Terengganu kian pulih 

Banjir di Terengganu, Kelantan kian pulih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan berbanding semalam.

Di Terengganu, mangsa hanya berbaki 44 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Besut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing sekiranya banjir surut sepenuhnya hari ini. –

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 476 orang pagi ini berbanding 882 orang petang semalam.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan ketika dihubungi berkata,

“Semua mangsa daripada 135 keluarga ini ditempatkan di tujuh PPS. Sehingga kini, hanya satu daerah yang masih dilanda banjir iaitu Tanah Merah manakala di Kuala Krai dan Machang sudah kembali pulih sepenuhnya,”katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya