Banjir di Terengganu beransur pulih

Banjir di Terengganu beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Banjir di Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 18,935 orang daripada 4,886 keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Cuaca yang baik sepanjang hari juga membolehkan lebih ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing untuk melakukan kerja pembersihan sebaik sahaja air surut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, ketika ini terdapat hanya 77 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negeri berbanding 142 PPS pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya