Banjir di Pahang pulih sepenuhnya

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengemas kubikel di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaab Lubuk Kulit di Lipis, Pahangm, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila semua mangsa terlibat di daerah Lipis dan Raub dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hari ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, bagi daerah Raub seramai empat mangsa daripada satu keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  Balairaya Kampung Tersang sejak 11.30 pagi semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar pukul 8 pagi ini.

“Sementara PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan Masjid Kampung Beletik yang dibuka pukul 11.30 pagi semalam ditutup sepenuhnya pukul 12.20 tengah hari ini. 

“Semua 89 mangsa dari 27 keluarga dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya