PETALING JAYA: Situasi banjir di enam negeri semakin pulih dengan keseluruhan mangsa berkurangan dengan hanya 681 orang daripada 184 keluarga berada di 11 pusat pemindahan sementara PPS sehingga pukul 9 pagi tadi.
Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Di Kedah, jumlah mangsa banjir ialah 352 orang daripada 92 keluarga masih ditempatkan di satu PPS dengan sebuah daerah sahaja terjejas banjir.
Di Perak, seramai 117 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di tiga PPS manakala di Johor pula 109 mangsa daripada 33 keluarga di empat PPS.
Di Kelantan pula, bilangan mangsa banjir terus menurun dengan hanya 43 orang daripada 12 keluarga di satu PPS begitu juga di Negeri Sembilan iaitu 17 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS.
Situasi banjir di Melaka juga hampir pulih, apabila hanya 11 mangsa masih berlindung di sebuah PPS. – UTUSAN