Banjir: Aktiviti, latihan di KTU ditangguh sementara waktu

Banjir: Aktiviti, latihan di Kolej TUDM ditangguh sementara waktu

MOHAMMAD ketika ditemui dalam program larian dan riadah Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran DBKL hari ini - IQBAL ROSLI/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segala aktiviti dan latihan di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas ditangguhkan buat sementara waktu selepas kawasan terbabit dinaiki air dalam kejadian banjir semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja pemindahan peralatan dan kelengkapan milik pasukan ke kawasan selamat.

Katanya, segala aktivi dan latihan di KTU akan disambung semula sebaik keadaan banjir kembali pulih.

“Apabila banjir kita hentikan sementara dan hanya akan sambung (latihan dan operasi) apabila keadaan pulih seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui dalam program larian dan riadah Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Media tempatan semalam melaporkan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dinaiki air hingga satu meter susulan kejadian banjir yang melanda negeri ini sejak kelmarin.

Pangkalan TUDM yang turut menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas itu mendapati kawasan terbabit tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

Turut dilaporkan terjejas adalah kawasan hangar menempatkan pesawat latihan Pilatus PC-7, apabila air turut memenuhi kawasan sekitar dan landasan pangkalan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN