Banjir: 77,695 mangsa setakat pukul tiga petang

Banjir: 77,695 mangsa setakat pukul tiga petang

BEBERAPA jalan utama di Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Dendang, Ketereh dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 77,695 mangsa banjir di tujuh negeri direkodkan petang ini berbanding lebih 100,000 yang direkodkan sejak beberapa hari lalu.

Ia sekali gus menunjukkan keadaan yang semakin pulih di kawasan terbabit ekoran banjir sebelum ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 3 petang, mangsa terdiri daripada 23,459 keluarga yang masih berlindung di 274 pusat pemindahan sementara (PPS.

Daripada jumlah itu, Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 46,681 orang daripada 14,836 keluarga yang ditempatkan di 101 PPS.

Di Terengganu, 21,975 mangsa daripada 5,813 keluarga dari lapan daerah terjejas masih mendapatkan perlindungan di 101 PPS.

Di Kedah, seramai 7,123 mangsa daripada 2,251 keluarga ditempatkan di 37 PPS, manakala sebuah PPS masih beroperasi di Pahang bagi menempatkan empat mangsa daripada sebuah keluarga.

Johor pula mengaktifkan 22 PPS di dua daerah bagi memberi perlindungan kepada 1,096 orang daripada 312 keluarga dengan Perak menempatkan 644 orang daripada 202 keluarga di 10 PPS.

Selain itu, dua PPS di Melaka masih dibuka bagi menempatkan 172 orang daripada 44 keluarga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya