Banjir: 220 pesawah KADA terima pampasan insuran

Banjir: 220 pesawah KADA terima pampasan insuran

KHALID Samad (tiga kiri) menyampaikan bantuan pek makanan kepada seorang pesawah yang terjejas banjir di Kampung Jubakar Darat, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kira-kira 220 pesawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menerima ganti rugi di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STPP) selepas padi berusia antara 51 hingga 70 hari rosak ditenggelami air banjir, baru-baru ini.

Pengerusi KADA, Khalid Samad berkata, setiap pesawah yang berdaftar di bawah skim itu dijangka menerima pampasan sebanyak RM2,250 untuk keluasan satu hektar tanaman padi.

Katanya, kebanyakan pesawah yang terlibat mendaftar di bawah STPP pada September lalu.

“Perlindungan ini terpakai kepada benih padi ditanam dalam tempoh 51-70 hari. Setakat ini pesawah yang terjejas melibatkan daerah Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu dan Tumpat.

“Jumlah ini adalah anggaran anggaran awal yang melibatkan kawasan seluas 696 hektar,” katanya selepas turun padang meninjau tanaman padi terjejas yang terjejas dengan banjir di Jubakar Darat di sini, hari ini.

Khalid memberitahu, pesawah yang mengusahakan padi dikawasan seluas 981 hektar tidak sempat didaftarkan bawah STPP.

Bagaimanapun, pesawah yang terjejas dengan banjir akan dibantu melalui Tabung Bencana Tanaman Padi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya