Banjir: 18 Program Jualan Rahmah Madani di Terengganu 

18 Program Jualan Rahmah Madani di Terengganu kurang beban mangsa banjir

SAHARUDDIN Mohd Kia (kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir yang membeli barangan keperluan di  Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Taman Desa Tanjung Damai di Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak 18 sesi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) diadakan di seluruh Terengganu untuk membantu penduduk terjejas banjir mendapatkan pelbagai barangan keperluan lebih murah berbanding harga pasaran.

Pengarah Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, setakat ini sebanyak 10 program diadakan di beberapa lokasi yang terjejas banjir.

Katanya, baki lapan sesi PJRM akan diadakan sebelum 31 Disember ini.

“Jadual penganjuran dan lokasi PJRM ini boleh dilihat di laman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu untuk orang ramai merancang pembelian mereka.

“Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan pada harga lebih murah antara 10 hingga 30 peratus dalam setiap sesi PJRM untuk meringankan beban kewangan orang ramai terutama mangsa banjir,” katanya selepas meninjau pelaksanaan PJRM di Taman Desa Tanjung Damai, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata, pengajuran PJRM di negeri ini mencatat jualan sebanyak RM37.8 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Disember tahun ini.

Katanya, sepanjang tempoh itu, seramai 892,065 pengguna datang membeli pelbagai barangan keperluan di 822 lokasi PJRM yang diadakan di seluruh negeri.

“Matlamat kita adalah mengadakan sekurang-kurangnya dua kali penganjuran PJRM setiap bulan di semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu.

“Alhamdulillah, matlamat ini tercapai dengan jualan antara 100 hingga 200 barangan keperluan asas di setiap lokasi PJRM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya