Bakar motosikal tak puas hati kenderaan ditarik - Utusan Malaysia

Bakar motosikal tak puas hati kenderaan ditarik

RAKAMAN video keadaan motosikal yang dibakar dalam kejadian di Taiping. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang wanita yang membakar sebuah motosikal yang hendak ditarik kerana gagal menjelaskan bayaran tertunggak dalam rakaman video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, wanita berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam semalam di Jalan Masjid Pokok Assam di Taiping selepas polis menerima laporan kes tersebut daripada seorang lelaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam.

“Kejadian berlaku ketika penarik kenderaan datang untuk membawa motosikal itu yang telah tertunggak bayaran ansuran.

“Wanita tersebut tidak berpuas hati lalu menyimbah cecair disyaki petrol ke atas motosikal dan membakarnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, wanita terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

Terdahulu tular rakaman seorang wanita menyimbah cecair dipercayai minyak petrol ke atas sebuah motosikal.

Wanita itu kemudiannya dilihat melemparkan kertas yang telah dibakar ke arah motosikal terbabit menyebabkan kenderaan tersebut terbakar.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki dipercayai penarik kenderaan yang merakam video berkenaan memaklumkan pemilik motosikal terbabit gagal menjelaskan bayaran tertunggak selama 20 bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya