Bakal pengantin tidak mengaku buka zip seluar depan kanak-kanak 

Bakal pengantin tidak mengaku buka zip seluar depan kanak-kanak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengangkut sampah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Muhammad Ikmal Mansor, 29, didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa berusia lapan tahun semasa kejadian dengan cara membuka zip seluarnya supaya dilihat oleh kanak-kanak tersebut bagi tujuan seksual.

Perbuatan itu dilakukan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras, pada pukul 11.30 pagi, pada 25 Disember lalu.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 15(a)(1) Kanun Keseksaan yang dihukum di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan beserta syarat tambahan. 

“Kes ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin namun terpulang kepada atas budi bicara mahkamah sekiranya mahkamah membenarkan jaminan pihak pendakwa mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan.

“Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis dan tidak mendekati mangsa memandangkan tertuduh dan mangsa tinggal di PPR yg sama,” kata Atiqa Nazihah.

Bagaimanapun, peguam bela Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah untuk mengenakan jumlah jaminan yang rendah dalam memastikan kehadiran tertuduh. 

“Difahamkan anak guam saya bakal berkahwin pada awal tahun hadapan serta ibunya menghidap penyakit kanser payudara dan masih dalam proses untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Mohon jaminan yang minima diberikan kepada tertuduh,” kata Zaidi.

Hakim Mohd Kafli Che Ali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan serta menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 13 Februari hadapan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya