Bakal pengantin didakwa pandu melulu sebabkan kematian dua remaja

Bakal pengantin didakwa pandu melulu sebabkan kematian dua remaja

TERTUDUH diiringi polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bakal pengantin didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua remaja lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, S. Vinudharan, 26, yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta nombor pendaftaran SWH 2031 telah memandu secara berbahaya kenderaan tersebut di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian terhadap Erwan Idris, 16, dan Putra Norsyaqir Putrawirawan, 16.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.53 malam di Jalan Krubong Permai dalam daerah Melaka Tengah pada 24 Disember 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM50,000 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 1999).

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang sesuatu lesen tidak kurang daripada lima tahun manakala lesen digantung bermula daripada tarikh pertuduhan pertama kali dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jumlah jaminan RM16,000 manakala peguam MX Koh mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pemandu lori pasar borong berpendapatan RM60 sehari dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya