Awie buat kerja gila - Utusan Malaysia

Awie buat kerja gila

KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2024 - Sesi fotografi bersama Datuk Awie ketika sidang media Triad One Conquer All - Konsert TRIAD Wings hari ini. GAMBAR - M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengga­bungkan tiga band ikonik tanah air di satu pentas yang sama namun kuasa vokalnya cuma digalas oleh Awie?

Kedengaran mustahil, tetapi inilah satu daripada kerja gila yang sanggup dipikul oleh Awie dalam usaha menjayakan Konsert TRIAD yang bakal berlangsung pada 14 Februari tahun depan.

Paling tidak, satu persoalan yang sama mungkin berada di benak peminat adalah mengenai sejauh mana kemampuan Awie untuk melontarkan vokal bersama Wings, Search dan Dragon Malaya pada konsert yang bakal mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur itu kelak.

Maklum sahajalah, pada posisi ini, tentunya bukan mudah untuk Awie kerana kebanyakkan lagu tiga buah band ini bernada tinggi dan semestinya menguji stamina Awie sebagai vokalis.

Bagaimanapun, cabaran itu disahut dengan baik oleh penyanyi berusia 56 tahun ini yang mengakui persembahan seperti itu belum pernah dilakukannya sepanjang berjaya membina empayar rock dalam industri seni.

Diusik sama ada ia juga antara satu usahanya untuk membuktikan bahawa dia merupakan ‘Raja Rock’ tanah air, Awie sempat tertawa sebelum memberi respons begini.

“Tak ada bukan begitu, sebenarnya yang tepatnya saya tamak (bercanda). Tidaklah. Begini, tahun depan menyaksikan 40 tahun perjalanan seni saya dan tertanya juga pada diri, apa lagi benda yang saya belum buat?

“Kalau saya mengulang saja benda yang sama, rasanya orang pun naik meluat sebab dah tahu apa yang saya nak buat. Jadi sekarang ini saya nak langgar hukum tubuh badan sendiri.

“Saya nak buat kerana nak merasa nikmat kepayahannya, apa ketakutannya, nak tengok apa kelemahan dan kebagusannya untuk saya capai satu adrenalin baharu.

“Saya nak cabar kotak pemikiran, kemampuan dan kewibawaan saya ini, setakat mana,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Bagi Awie, melakukan persembahan bersama Wings itu normal namun untuk menambah ‘cabaran’ itu dengan memasukkan band Search dan Dragon Malaya, itu luar biasa.

“Semestinya tidak mudah, satunya nak kena hafal semua lirik lagu, nak kena ada stamina yang perlu dijaga. Kalau dengan Wings kita sudah tahu dan sudah masak tapi untuk persembahan bersama Search dan Dragon Malaya, saya kena betul-betul jaga kualiti dan konsisten demi memastikan konsert ini terjamin,”katanya.

Pada masa yang sama, kata Awie, dia juga menaruh harapan besar untuk mencipta satu sejarah buat diri dan anggota kumpulan terlibat untuk diabadikan sebagai momen kejayaan masing-masing.

“Saya mahu abadikan konsert ini supaya ia dapat dikenang suatu hari nanti yang mana kami semua pernah buat satu konsert bersejarah yang tak pernah orang buat. Mungkin juga kita akan usulkan kepada Malaysia Book of Records.

“Yang penting, saya nak peminat yang hadir kelak dapat menikmati kualiti persembahan. Kita tak mahu menyajikan sound caca marba. Sebab itu,sebelum mahu merealisasikan konsert ini, saya fikir masak-masak,”katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata, apa yang diharapkan pada ketika ini adalah agar dirinya tidak mempunyai masalah kesihatan demi memberikan sepenuh daya konsentrasi pada persembahan itu nanti.

“Daripada mana datangnya kekuatan itu? Daripada huruf Alif pangkal nama saya ( bercanda). Saya sebenarnya sayangkan industri seni ini dan kerjaya saya.

“Saya hidup sepenuhnya dengan hasil kerja nyanyian, tak pernah saya buat kerja lain. Selepas berkahwin, saya cari hasil pendapatan dengan kerja lakon dan banyak benda perlu saya buat dan diakui saya kena kuat.

“Apatah lagi saya mempunyai tujuh orang anak. Sudah tentu saya kena sentiasa sihat dan perlu teruskan kerja-kerja supaya saya dapat terus menghasilkan benda yang baik-baik sahaja untuk industri.

“Saya cuma berharap, suatu hari nanti jika saya sudah tiada, industri seni ini akan terus berkembang. Itu sahaja,”katanya.

Konsert TRIAD merupakan anjuran Rumah Produksi Merah dan bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.

Bakal membawa para peminat menyelami kembali semangat rock dengan seleksi lagu-lagu nostalgia yang tidak pernah pudar dari ingatan, konsert ini juga membungkus semangat penyatuan dari sudut bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar.

Tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya