ATM bantu sembilan petugas SPM ke pusat peperiksaan

ATM bantu sembilan petugas SPM ke pusat peperiksaan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa pelajar menaiki trak berikutan laluan yang masih dinaiki air ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Awang Jabar, Merchang, Marang, Terengganu. - IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa sembilan petugas Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan 30 pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Awang Jabar, Merchang, dekat sini hari ini.

Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd. Ashafiq Abdul Aziz berkata, ia ekoran laluan utama masuk ke sekolah tersebut  dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Operasi membawa petugas SPM dan pelajar tingkatan satu hingga empat sekolah tersebut bermula 1.30 petang dan berakhir satu jam kemudian menggunakan kenderaan ATM. Operasi melibatkan kerjasama antara ATM dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

“Seramai dua pegawai dan 31 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Ketua Kompeni 18 RAMD (Para), Kapten Muhamad Akmal Abdul Samad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya