Ashraf Wajdi gesa Che Ta tampil bincang isu hutang Mara

Asyraf Wajdi gesa Che Ta tampil bincang isu hutang Mara

ASHRAF Wajdi Dusuki (tengah) ketika menghadiri Konvensyen BN Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta dan anak lelakinya, Ammar Effendy sekali lagi digesa supaya tampil ke hadapan bagi membincangkan mengenai isu pembayaran hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta ketika ini.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika Rozita, 51, masih gagal untuk berbuat demikian iaitu melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun seperti yang dipersetujui sebelum ini, maka, prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan. 

“Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama. Ini sudah kali kedua dan sekarang ini, yang paling penting, datanglah kepada Mara dan kita bincang.

“Paling penting juga, bayar balik pinjaman yang dibuat sebab ia sudah berlarutan sejak tahun 2017,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA di sini, hari ini. 

Difahamkan, sehingga kini, selebriti itu masih belum tampil bertemu pihak Mara untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd.

Terdahulu, media melaporkan, Mara sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Rozita dan anaknya pada Julai tahun lalu namun ditarik balik pada bulan lalu ekoran isu teknikal.

Bagaimanapun, tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pelakon terbabit diteruskan pada Selasa lalu.

Asyraf Wajdi berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya