ASEAN 2025: Guna EV Proton e.Mas 7 di peringkat akhir

ASEAN 2025: Guna EV Proton e.Mas 7 di peringkat akhir

NIK Nazmi Nik Ahmad ketika gimik Pelancaran Stesen Pengecas Pantas EV di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Persiapan untuk penggunaan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama, Proton e.Mas 7, sebagai kereta rasmi untuk kegunaan para pemimpin semasa Persidangan ASEAN tahun hadapan, kini sudah berada di peringkat akhir.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, walaupun Proton e.Mas 7 akan berfungsi sebagai kereta rasmi sepanjang berlangsungnya acara itu, jenama-jenama EV lain turut akan digunakan.

“Ya, ia seperti diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Proton e.Mas 7 sebagai kereta rasmi pada Persidangan ASEAN 2025, tetapi pada masa yang sama, EV lain juga akan digunakan kerana terdapat keperluan dan permintaan yang berbeza untuk ketua kerajaan, menteri dan pegawai kanan rasmi.

“Jadi, kita akan menggunakan Proton e.Mas pada peringkat tertentu, tetapi peringkat lain juga akan guna EV dari jenama yang berbeza. Namun, Proton e.Mas adalah kereta rasmi ASEAN 2025,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyerahkan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan kepada EV dan perasmian Stesen Pengecas Pantas EV (DCFC) pertama di Kompleks F di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap persiapan bagi penggunaan Proton e.Mas 7 sebagai kereta rasmi pada Persidangan ASEAN tahun hadapan, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, semalam.

Terdahulu, media melaporkan EV nasional pertama, kereta Proton e.MAS 7 bakal menjadi kenderaan rasmi negara semasa Persidangan ASEAN pada 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya