AS serah kembali dua rakyat Malaysia di Guantanamo Bay

AS serah kembali dua rakyat Malaysia di Guantanamo Bay

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia telah menerima dua rakyat Malaysia yang diserah oleh Kerajaan Amerika Syarikat selepas ditahan sejak tahun 2006 di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penerimaan ini dilakukan berlandaskan prinsip hak asasi manusia dan keadilan sejagat, yang menjadi asas dalam kerajaan perpaduan.

“Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif untuk kedua-dua individu berkenaan, merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan, dan saringan kesihatan,” katanya dalam kenyataan media.

Media sebelum ini melaporkan, juri tentera di Teluk Guantanamo, Cuba, menjatuhi hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana terlibat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002

Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, dijatuhi hukuman penjara 23 tahun atas pembabitan mereka dalam konspirasi berhubung kes tersebut yang telah membunuh 202 orang.

Datuk Seri Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini, yang telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama dan kecekapan tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya