ARP jamin peluang pekerjaan anak muda Pahang

ARP jamin peluang pekerjaan anak muda Pahang

WAN Rosdy Wan Ismail ketika sesi sidang akhbar pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti UCYP dan Malaysia Rail Link Sendirian Berhad di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akademik Rel Pahang (ARP) yang ditubuhkan melalui kerjasama Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) dijangka memberikan jaminan pekerjaan tenaga mahir kepada anak muda Pahang yang menduduki kursus itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha strategik itu diwujudkan bagi memastikan tenaga kerja mahir di Pahang mencukupi seiring siapnya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun 2027.

Katanya, sebanyak 2000 peluang pekerjaan untuk diisi setelah siapnya projek itu.

“Semua sedia maklum bahawa di Pahang akan ada tujuh stesen ECRL bagi tujuan pengangkutan dan kargo.

“Pelajar yang diambil ini akan menduduki khusus selama enam bulan sebelum memasuki alam pekerjaan di bawah MRL yang menguruskan stesen itu.

“Oleh itu, kita akan ambil ikut pengambilan iaitu sebanyak 200 pelajar bagi pembukaan pertama bagi suku pertama tahun dapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UCYP dan MRL di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MRL Sdn Bhd, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Naib Canselor UCYP, Prof Datuk Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anak muda Pahang diutamakan untuk menduduki khusus itu untuk membangunkan ekonomi tempatan.

“Khusus penyelenggaraan rel kereta api merupakan khusus pertama di negara ini dan kos pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukan bagi mewujudkan khusus ini melalui Belanjawan Negeri Pahang 2025,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerjasama itu dijangka akan membawa implikasi positif pada masa hadapan terhadap pembangunan tenaga kerja tempatan.

“Ia juga akan memupuk inovasi dan pertumbuhan melalui gabungan kepakaran akademik dan industri yang akan memacu kemajuan teknologi dan kecemerlangan operasi.

“MOU yang dimeterai ini memacu pembangunan sosioekonomi di Pahang serta wilayah Pantai Timur melalui peningkatan kemahiran dan penciptaan peluang pekerjaan.

“Pembangunan modul latihan berkaitan sistem kereta api akan dibantu dan dilaksanakan bersama kontraktor utama projek ECRL iaitu China Communication Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) dan institusi latihan di China iaitu Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya