Anzalna pertahan wanita teraniaya, Zahnita padam hantaran Instagram

Anzalna pertahan wanita teraniaya, Zahnita padam hantaran Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersimpati dengan situasi yang melanda bekas model, Zahnita Wilson, pelakon, Anzalna Nasir menasihati wanita yang mengalami keganasan rumah tangga untuk bersuara.

Anzalna atau Nur Anzalna Mohd Nasir, 36, menegaskan lelaki sejati tidak akan tergamak memukul seorang wanita.

“Untuk semua wanita di luar sana yang menghadapi situasi macam ini, jangan takut untuk bersuara.

“Lelaki sebenar tidak akan naik tangan terhadap wanita,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, Anzalna secara berlapik turut menyarankan jalan perceraian kepada wanita yang berada dalam rumah tangga yang tidak bahagia.

“Betul, perceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan.

“Tetapi untuk terus kekal dan kena pukul sampai mengalami kecederaan yang serius sangat teruk,” jelasnya.

Terdahulu, ekas model dan pelakon, Zahnita Wilson mencuri tumpuan apabila mendedahkan menjadi mangsa kekerasan rumah tangga sejak sekian lama.

Perkara tersebut membuatkannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Hasil tinjauan kemas kini media sosial Zahnita, pelakon Kuliah Cinta itu dilihat telah memadam semua hantaran di Instagram namun masih meneruskan perniagaan pai. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN