Anwar tegaskan lawatan ke luar negara demi tingkat ekonomi, pelaburan negara

Anwar tegaskan lawatan ke luar negara demi tingkat ekonomi, pelaburan negara

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siri lawatan beliau ke luar negara adalah penting demi manfaat negara dalam meningkatkan ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan.

Perdana Menteri berkata, negara-negara luar ini kini sudah mengenali dan mengiktiraf peranan dan kedudukan Malaysia yang bukan lagi dianggap sebuah negara kecil.

Katanya, ramai pemimpin dunia menyuarakan permintaan untuk bertemu beliau sewaktu persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Peru dan Brazil.

“Semua negara barat, timur, Eropah, Amerika, China, BRICS, sikap mereka itu sangat baik. Semasa di APEC di Rio, Brazil (ada) permintaan daripada pemimpin dunia untuk menemui, saya bukan perasaan kerana saya Anwar, tapi saya fikir saya mewakili rakyat Malaysia. Mereka kenal Malaysia.

“Ini kalau dulu, kita ini dianggap negara yang kecil, tidak ada peranan dan kedudukan, tapi kita menfaatkan untuk apa? Untuk ekonomi kita, untuk pelaburan kita. Untuk mutu pendidikan.

“Jadi tindakan susulan itu penting, saya minta Kementerian Luar selaraskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Jabatan Perdana Menteri dan semua jabatan yang berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Anwar berkata, usaha kerajaan memerangi rasuah turut mendapat perhatian pemimpin luar negara selepas ia disuarakan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra ketika pertemuan sempena mesyuarat APEC di Lima.

“Dia kata Malaysia punya satu prestasi yang sangat membanggakan, daripada segi memerangi rasuah.

“Jadi, dia nak memanfaatkan daripada segi pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, semasa kunjungan beliau ke luar negara, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva turut memberikan kelulusan untuk Petronas untuk menyambung urusan cari gali di negara itu.

“Sekitar lapan bulan lalu, beliau telefon saya dan beritahu tentang keperluan Petronas untuk menyambung urusan cari gali di tempat yang dia rasa baik.

“Beliau tidak mahu monopoli oleh beberapa kawasan satu negara. Jadi, bila kita pergi, kelulusan telah diberikan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, syarikat Malaysia turut mendapat pelaburan maksimum semasa di Peru dan Brazil seperti pelaburan kapal tenaga elektrik terbesar serta tenaga solar.

“Bila kita bincang dengan Presiden Lula dan Menteri Perdagangan Brazil, mereka beri kesemua lebih kepada Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya