Anwar tahu rasanya ditumbuk dengan mata tertutup

Anwar tahu rasanya ditumbuk dengan mata tertutup

NAJIB Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari pertama proses bela diri berkaitan kes 1MDB, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik.

Tambahnya, beliau juga telah diprejudiskan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak pernah memaklumkan kepadanya secara spesifik dakwaan yang akan dikenakan kepadanya.

“Saya telah dibawa untuk didakwa di mahkamah sebaik sahaja selesai memberi keterangan. Tindakan untuk memberikan gambaran mengenai motivasi untuk mendakwa saya di mahkamah. Mereka (SPRM) seolah-olah tidak membuat penilaian sewajarnya, mengambil kira segala bukti dan tidak mengambil kira keterangan saya kepada SPRM.

“`Kepantasan’ ini menunjukkan bahawa pertuduhan terhadap saya bermotifkan politik. Ia seperti bertinju dalam keadaan mata tertutup tetapi tetap dianggap sebagai perlawanan yang adil kerana masih boleh melepaskan beberapa tumbukan.

“Perdana Menteri sekarang sepatutnya lebih sensitif dengan perkara ini kerana beliau lebih mengetahu apa rasanya ditumbuk dalam keadaan mata tertutup dan digari.

“Saya mungkin tidak terkejut sekiranya ketidakadilan ini berlaku pada orang lain tetapi nampak gayanya ia (ketidakadilan) perlu berlaku pada seseorang seperti saya, individu yang sering diperhatikan oleh masyarakat dan media, bagi memboleh isu ini diketengahkan. Saya harap ketidakadilan ini berakhir dengan saya,” katanya.

Najib berkata demikian ketika membaca penyataan saksinya setebal 525 muka surat pada hari pertama beliau membela diri atas atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menyentuh mengenai dakwaan bahawa beliau telah menyalahguna kedudukannya ketika membentangkan kertas Kabinet berhubung penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA), Najib menyatakan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai Menteri Kewangan ketika itu.

Menurut Najib, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyokong cadangan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan untuk menubuhkan TIA bagi menjamin kemampanan dan kelestarian pembangunan ekonomi negeri itu di samping untuk menjaga kewangan masa hadapan Terengganu.

“Tun Abdullah menyuarakan sokongannya terhadap visi Sultan Mizan dan kemudian meminta Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengemukakan cadangan terperinci berhubung penubuhan itu kepada Kementerian Kewangan.

“Kementerian terbabit kemudian perlu membentangkan memorandum (penubuhan) yang komprehensif kepada Kabinet untuk pertimbangan dan kelulusan. Arahan oleh Perdana Menteri (Tun Abdullah) adalah bagi memastikan bajawa Kabinet dapat membuat penilaian penuh struktur dan strategi TIA yang merupakan satu inisiatif yang baik untuk pembangunan negeri Terengganu.

“Saya menegaskan bahawa pembentangan Memorandum Kementerian Kewangan kepada Kabinet bukanlah satu salah guna kedudukan sebaliknya saya hanya menjalankan tugas rasmi saya mengikut portfolio sebagaimana yang diarahkan oleh Kabinet,” kata Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

TIA kemudian diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya