PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini hari ini.
Solat Jumaat berkenaan diimamkan Ustaz Muhammad Khairul Hadi Othman itu disertai lebih 1,000 jemaah.
Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Ujian Ditempuh, Kebersamaan Diperteguh’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammed Junaid Mohd Adzmy.
Isi khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengingatkan jemaah bahawa ujian diturunkan Allah SWT kepada hambanya bertujuan meninggikan darjat seseorang.
Menurutnya, jemaah juga disaran supaya membantu mangsa-mangsa banjir melalui apa jua cara yang termampu dengan ikhlas.
Terdahulu, Anwar turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Q Bistro, Presint 15, di sini sekitar pukul 12.50 tengah hari. – UTUSAN