Anuar Zain jadi duta kemanusiaan Mahar

Anuar Zain jadi duta kemanusiaan Mahar

JISIM Johari (kiri) mengarungkan jaket Mahar pada Anuar Zain (kanan) ketika melantik beliau sebagai duta kemanusiaan Mahar, dalam Majlis Penghargaan Makan Malam Mahar, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) menjalin kerjasama dengan artis tersohor negara, Anuar Zain dengan melantik beliau sebagai duta kemanusiaannya.

Presiden Mahar, Jismi Johari berkata, pelantikan Anuar Zain tersebut bertujuan melancarkan kempen ‘Palestine Rays of Hope’ (Sinar Harapan Palestin) untuk terus membantu rakyat Palestin yang tertindas.

Katanya, kempen tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin yang sedang bergelut dengan krisis kekurangan makanan dan keperluan asas serta berdepan dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Fokus pertama bantuan dari kempen ini adalah pakaian dan perkakasan musim sejuk.

“Usaha bantuan ini sangat penting  buat mereka (rakyat Palestin) kerana ia dapat meringankan beban mereka dan membawa harapan baru bagi meneruskan kehidupan,” katanya dalam ucapan beliau ketika Majlis Penghargaan Makan Malam Mahar.

Jismi Johari berkata, signifikan program yang dirancang Mahar adalah untuk menunjukkan solidariti terhadap saudara kita di bumi Gaza serta menterjemah rasa ihsan serta belas kasihan.

“Kita berharap usaha ini akan membentuk satu gelombang kebersamaan dari peringkat masyarakat untuk mencipta kebaikan secara berjemaah.

“Kempen ini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan mendesak mereka yang terjejas, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang cabaran kemanusiaan yang berterusan di Palestin,” katanya.

Sementara itu, Anuar berharap dapat memanfaatkan peluang diberikan oleh Mahar sebagai duta kemanusiaan

“Peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus membantu rakyat Palestin yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran.

“Saya turut menyeru orang ramai dan pihak korporat untuk bersama-sama kami dalami kempen ini.

“Sumbangan ini tidaklah dapat memulihkan sepenuhnya keperitan yang sedang mereka hadapi tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit keselesaan dan harapan kepada mereka,” katanya.

Sumbangan boleh dihulurkan ke MALAYSIAN HUMANITARIAN AID AND RELIEF CIMB Bank Berhad 8605980461. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya