Anita Sarawak sudah bersara

Anita Sarawak sudah bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kak (Anita) sudah bersara, ke arah kehidupan berbeza.” Demikian respons suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah terhadap pelawaan untuk penghibur tersohor tanah air itu membuat persembahan sempena konsert penghormatan buat komposer dan pemuzik hebat, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Mahathir yang berkongsi jawapan itu kepada bekas wartawan Shuib Taib memaklumkan Anita sudah meninggalkan dunia hiburan dan selesa menjalani kehidupannya sekarang.

“Hi Shuib. Terima kasih kerana menghubungi. Apabila saya memaklumkan kepada Anita tentang konsert tribute Adnan, Kak merasa begitu sedih, terkenangkan waktu yang pernah dikongsi bersama Adnan, salah seorang produser terbaik sepanjang zaman.

“Harap kirimkan salam kami kepada ahli keluarga Adnan dan beritahu bahawa mereka seharusnya bangga dengan bakat unik dan hebat ayah mereka itu.

“Berhubung undangan persembahan itu, Anita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya.

“Bagaimanapun, seperti yang diketahui, Kak sudah pun bersara ke arah kehidupan yang berbeza, lebih privasi dan selesa dengan situasi sekarang. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” jawabnya seperti yang dikongsikan wartawan berpengalaman, Slen Fadzil di Instagramnya.

Mahathir turut berkongsi gambar terkini penyanyi bertaraf superstar itu menerusi mesej yang sama.

Terdahulu pelbagai spekulasi bertebaran dan khabar angin mengenai kehilangan penyanyi itu bertebaran.

Antara yang menjadi tanda tanya sebelum ini adalah mengenai tahap kesihatan selain keberadaan serta status rumah tangga beliau.

Perkongsian Mahathir itu bagaimanapun telah menoktahkan pelbagai persoalan mengenai kehilangan Anita sejak 12 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN