Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi tali air - Utusan Malaysia

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi tali air

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari anggota polis yang dihanyutkan arus deras tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah di Pasir Salak hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras tali air di Jalan Utama Changkat Lada, Kampung Gajah di sini hari ini.

Difahamkan, anggota berusia 39 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan balik ke kampung untuk menghadiri majlis  ‘reunion’.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 2.47 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Berdasarkan maklumat, mangsa dihanyutkan arus deras ketika aktiviti mandi manda bersama rakan-rakannya di tali air. Mangsa dikatakan keletihan dan cuba ke tebing namun dihanyutkan arus deras.

“Operasi pencarian dijalankan dengan anggota membuat pencarian dengan menyusuri tebing di sepanjang tali air dengan kedalaman kira-kira empat meter,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sabarodzi, SAR yang melibatkan 12 anggota dan sebuah bot itu sedang dijalankan dan mangsa masih belum ditemukan setakat pukul 6.50 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya