Anggota PBT Perak mula pakai kamera badan

Anggota PBT Perak mula pakai kamera badan

SANDREA Ng Shy Ching
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) Perak mula menggunakan kamera badan (BWC) dalam setiap tindakan penguatkuasaan.

Pemakaian BWC itu dimulakan untuk tujuh PBT iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, cadangan pemakaian BWC itu berikutan timbulnya isu kontroversi berkaitan operasi penangkapan haiwan jalanan.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan kamera badan dalam setiap tindakan penguatkuasaan di kawasan PBT bagi memastikan operasi dijalankan dengan lebih telus, profesional, dan beretika untuk kebaikan bersama,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota-anggota di PBT juga sering berhadapan dengan cabaran yang besar dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah akta yang berkait dengan PBT.

Katanya, BWC adalah bertepatan dan diharap dapat memperkasakan tindakan penguatkuasaan dengan menambahbaik elemen-elemen seperti akauntabiliti dan ketelusan, kepercayaan orang awam, bukti penyiasatan, mengurangkan tuntutan dan aduan salah laku serta perlindungan pihak berkuasa.

“Saya yakin dengan penggunaan kamera badan BWC ini, mana-mana tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 80 dan 81, Akta 171 ke atas, mana-mana isu kacau ganggu yang berlaku di dalam kawasan operasi PBT dapat diambil dengan telus, tegas dan menyeluruh,” katanya.

Kata Sandrea, kerajaan negeri merancang untuk membuat agihan peruntukan seterusnya dalam Fasa 2 Program Penggunaan Kamera Badan BWC kepada lapan PBT lagi pada tahun 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya