Anak pengasuh ditahan disyaki liwat kanak-kanak empat tahun

Anak pengasuh ditahan disyaki liwat kanak-kanak empat tahun

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda ditahan di sekitar Taman Perindustrian Tampoi Jaya, di sini kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu ditahan pada pukul 3.20 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu. Suspek disyaki melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali pada Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati memilih penjaga anak-anak mereka selain melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya