Anak Malaysia terima anugerah Pertanian Thailand

Anak Malaysia terima anugerah Pertanian Thailand

MD. Fadzilah Arifin (kiri) bersama Jabatan Pertanian Thailand dan kakitangannya dalam satu lawatan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi Md. Fadzilah Arifin, usaha berterusan dalam bidang pertanian bukan sekadar memberi pulangan menerusi pendapatan lumayan semata-mata.

Sebaliknya, ia mampu mengangkat nama Malaysia di luar negara termasuk menerusi pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Thailand.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak jati Kedah ini berkata, semuanya bermula selepas hasil baja yang dihasilkan memenuhi piawaian di negara berkenaan.

“Sijil ini diperoleh selepas berjaya memenuhi pelbagai syarat ketat, antaranya menjalani pemeriksaan rawak dan memastikan kebersihan premis.

“Malah setiap kakitangan turut diwajibkan memiliki kelayakan akademik dalam bidang pertanian, memastikan mereka benar-benar memahami keperluan pelanggan,” katanya.

Sebagai rekod, pensijilan Q Shop merupakan inisiatif Jabatan Pertanian Thailand untuk memastikan produk pertanian yang dijual memenuhi piawaian tinggi.

Produk atau premis yang diiktiraf Q Shop menerima pelbagai keistimewaan termasuk analisis produk percuma, akses kepada maklumat akademik dan simbol jaminan kualiti yang diiktiraf pengguna.

Menurut Md. Fadzilah berkata, perolehan sijil Q Shop itu turut membantu mengekang penjualan produk pertanian berkualiti rendah di pasaran.

“Ia satu langkah penting bagi memastikan integriti industri pertanian terpelihara,” jelasnya.

Katanya, pensijilan tersebut juga membuktikan kejayaan terhadap kualiti dan inovasi anak tempatan selain dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya