Amaran hujan lebat di beberapa negeri petang ini - Met Malaysia

Amaran hujan lebat di beberapa negeri petang ini – Met Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa negeri dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Padang Terap dan Kubang Pasu. Manakala di Pahang, cuaca buruk melibatkan daerah Rompin.

“Di Sarawak pula, ribut petir dijangka melanda kawasan Miri dan Limbang. Sementara di Sabah, ia melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) serta Tawau dan Sandakan,” katanya.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.

MetMalaysia akan terus memantau situasi cuaca semasa dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi telefon pintar myCuaca. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya