Amaran hujan kategori buruk sehingga Ahad

Amaran hujan kategori buruk sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran hujan berterusan kategori buruk dijangka melanda beberapa kawasan dekat Sarawak sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka menjejaskan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu,Mukah dan Bintulu.

Katanya lagi, beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak diramal mengalami hujan berterusan kategori waspada bagi tempoh sama.

“Ia membabitkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak serta Labuan.

“Keadaan ini juga dijangka menjejaskan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, Sabah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang dan platform media sosial MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca atau atau melalui Talian hotline 1-300-22-1638. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN