Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan - Utusan Malaysia

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Met Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Bagi Sabah pula, amaran membabitkan kawasan Pedalaman termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Selain itu, kawasan Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dan Labuan turut terlibat.

Met Malaysia menasihatkan penduduk di kawasan yang terjejas agar berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir kilat dan tanah runtuh.

Orang ramai juga disarankan untuk mengikuti perkembangan cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi Met Malaysia, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi jabatan itu bagi mendapatkan maklumat tepat dan pantas.

Sehubungan itu, Met Malaysia turut mengingatkan supaya semua pihak, khususnya yang berada di kawasan berisiko tinggi, sentiasa bersiap sedia untuk sebarang arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN