Amang seksual remaja: PU Azman dipenjara enam tahun

PU Azman dikenakan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Shah Alam

PU Azman
PU Azman tiba di Mahkamah Sesyen bagi mendengar prosiding sebutan semula pertuduhan yang dihadapinya di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas peserta rancangan realiti TV Pencetus Ummah (PU), PU Azman dikenakan hukuman enam tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lebih tujuh tahun lalu.

Hukuman tersebut dikenakan apabila bekas pendakwah selebriti itu menukar pengakuan bersalah selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada pihak pembelaan yang dihantar pada Oktober lalu.

Mahkamah turut memutuskan hukuman tersebut diambil kira mengikut Seksyen 171(A) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) terhadap satu lagi pertuduhan sama yang dikenakan ke atas PU Azman yang juga dikenali sebagai ‘Che Man’.

Berdasarkan fakta kes, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 43, didakwa mengusap kepala dan mencium pipi pengadu yang ketika itu berusia 17 tahun sebelum menyentuh kemaluan mangsa beberapa kali dengan maksud seksual.

Insiden tersebut berlaku selepas remaja tersebut diajak bermalam dekat sebuah inap desa yang disewa oleh tertuduh dekat Jalan Kebun, di sini sekitar September 2017. Bagaimanapun, pengadu tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana takut tidak akan dipercayai.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dihukum sebat.

Terdahulu, PU Azman dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di Seremban selama tujuh tahun dan di Klang selama 24 tahun atas kesalahan sama terhadap mangsa yang berlainan.

Kemudian pada 6 Disember lalu, dia dikenakan penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di Klang atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki pada dua tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya