Alumni 4B Malaysia lancar Tabung Kebajikan Negeri

Alumni 4B Malaysia lancar Tabung Kebajikan Negeri

HASAN Rahman (tiga, kanan) menyumbang RM1 sebagai simbolik pelancaran Tabung Kebajikan Negeri (TAKE) di Pejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B Malaysia) melancarkan Tabung Kebajikan Negeri (TAKEN) bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan tanpa mengira agama dan kaum di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Hasan Rahman berkata, tabung berkenaan adalah inisiatif pertubuhan itu memberi peluang kepada orang ramai dan mana-mana pihak untuk menyumbangkan hanya RM1 ke tabung berkenaan.

Menurutnya, sumbangan RM1 boleh terus disalurkan kepada Alumni 4B Malaysia melalui Tabung Kebajikan Negeri di nombor akaun Ambank 8881006388712.

Beliau berkata, sebagai permulaan tabung berkenaan telah dilancarkan dengan Pertubuhan Alumni 4B Malaysia cawangan Melaka baru-baru ini dan akan dilancarkan di peringkat kebangsaan Januari depan.

“Saya amat berharap rakyat terutama di Melaka termasuk ahli Alumni 4B dengan keahlian 70,000 di seluruh negara serta ahli Gerakan Belia 4B Malaysia seramai 100,000 ahli boleh menyumbang RM1.

“Tabung ini kita gerakan adalah semata-mata ingin menyalurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan akibat banjir, mereka yang menghidap penyakit kronik dan buat anak-anak yang ingin menyambung pelajaran serta bantuan lain yang akan kita perluaskan.

“Kita didatangi ramai orang perseorangan memohon bantuan tetapi kita kurang dana dan hanya dapat membantu sedikit dan jika TAKEN ini mendapat sambutan menggalakkan Insya-Allah kita dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan berkata, pertubuhan itu sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sama membantu rakyat ditimpa kesusahan.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau dengan sumbangan yang diberikan kerana ia akan diuruskan oleh jawatankuasa yang akan dibentuk Januari depan serta akan diaudit agar tidak disalahgunakan.

“Saya memberi jaminan setiap sumbangan yang disalurkan akan diurus dengan baik serta bantuan yang akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya