Along Cham mengaku tidak salah miliki ganja lebih 58.23 gram

Along Cham mengaku tidak salah miliki ganja lebih 58.23 gram

ALONG Cham didakwa di Mahkamah Sepang hari ini atas pertuduhan memiliki dadah di Kompleks Mahkamah Sepang. - UTUSANFAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis atau ganja seberat 58.23 gram minggu lalu.

Along Cham atau sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam milikannya disyaki dadah jenis Kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam Mohd. Fadly Hashim.

Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Tertuduh juga akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret sebentar lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN