Along Cham dituduh esok

Along Cham dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad akan dituduh di Mahkamah Sepang pagi esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman yang memberitahu, pihaknya telah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Esok pagi Along Cham dituduh di mahkamah. Baru dapat arahan daripda Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Pagi ini, selebriti lelaki berusia 41 tahun itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya