Aliff Syukri ceriakan mangsa banjir

Aliff Syukri ceriakan mangsa banjir

ALIFF Syukri menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kehadiran usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ke Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini, hari ini menceriakan mangsa banjir yang berada di situ.

Beliau datang bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid kira-kira pukul 12 tengah hari dengan membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) sekolah tersebut.

Beliau turut memberi wang tunai kepada mangsa banjir yang mengerumuninya ketika itu.

Ariff Syukri berharap sumbangan kecil itu dapat menceriakan mangsa banjir yang terjejas teruk ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN