Album dan single terbaik 2024 pilihan Rebiu

Album dan single terbaik 2024 pilihan Rebiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA cukup kagum dengan penyanyi dan pemuzik tempatan yang komited menerbitkan lagu, apatah lagi jika berbentuk album long-play (LP) atau extended-play (EP) yang menuntut cabaran besar di zaman kini. 

Oleh kerana kita tidak lagi berada di era 90-an dan 2000-an yang cukup gilang-gemilang perniagaan muziknya, pasti tidak mudah kerana banyak hal perlu dipertimbang terutama kos penerbitan, keadaan pasaran dan sasaran pendengar. 

Bagaimanapun, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Amir Masdi, Amir Jahari dan Hazama antara nama besar yang meranduk arus sekali gus membuktikan, mereka benar benar serius berkarya walau apa pun pulangan yang datang di kemudian hari. 

Ini membuatkan saya bangga kerana penyanyi arus perdana kita mempunyai tanggungjawab sosial mendidik dan menghibur masyarakat melalui seni muzik masing-masing. 

Ada muzik kita yang sudah beradaptasi dengan bunyi kekinian, namun saya tidak boleh berbohong. Satu hal membuatkan saya skeptikal kebanyakan album atau single terbitan Malaysia masih tersekat di skala yang sama. 

Standard Muzik negara masih belum mencapai tahap membanggakan untuk berkembang merentas sempadan antarabangsa (kecualilah anda Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza). 

Saya tidak habis berfikir bagaimana pop Indonesia terus mendunia sehingga menjadi kejayaan komersial antarabangsa.

Buktinya, lihat bagaimana Mahalini, Lyodra, Keisya Levronka, Tiara Andini, Stevan Pasaribu dan Fabio Asher terus mencipta gelombang muzik pop yang membadai hingga kini sedangkan muzik Malaysia masih berkitar dalam format serupa. 

Lihat bagaimana Ernie Zakri menggunakan khidmat Ade Govinda menerusi lagu berjudul Masing Masing dimuatkan dalam album keduanya, Aura. 

Kejayaannya tidak berakhir di situ. Ernie turut mendapat pengiktirafan Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Anugerah Muzik SCTV, Indonesia dan Lagu Paling Boom Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, tahun ini. Rekod Spotify juga sudah mencecah hampir 100 juta pendengar. 

Jauh meninggalkan kebanyakan lagu ciptaan pengkarya tempatan seperti Terima Seadanya, Jangan Hilang Percaya, Persis Katarsis dan The Best. Itulah jurang standard muzik yang saya maksudkan. 

Dua hari lagi sebelum kita melangkah ke alaf baharu 2025, Rebiu menyenaraikan 10 album LP/ EP dan single terbaik sepanjang penerbitannya pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya