AL-QURAN ROSAK… Banjir yang melanda beberapa kawasan di Batu Gajah, Perak mengakibatkan beberapa al-Quran, kitab lama dan buku pengajian agama milik seorang penduduk rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Mohd. Asman Abdul Hamid, 45, berkata, banjir terburuk yang pernah melanda kampungnya, Sikh Settlemen di Batu 10 Jalan Tanjung Tualang di sini menenggelamkan almari tempat menyimpan kitab dan bahan bacaan itu yang disimpan bapanya, Abdul Hamid Zakaria, 76.
Katanya, air naik terlalu cepat selepas ban sungai berdekatan penempatan itu pecah dan menyebabkan bapanya tidak sempat menyelamatkan al-Quran dalam almari.
Katanya, banyak peralatan rumah bapanya, yang juga siak Masjid Nurul Hamidiyah Tanjung Tualang turut rosak.