Akta Good Samaritan Law akan digubal - Utusan Malaysia

Akta Good Samaritan Law akan digubal

DZULKEFLY Ahmad (berdiri, tengah) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena program 1st Malaysia Community First Responder Conference, di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan akan menggubal rang undang-undang berkonsepkan ‘Akta Good Samaritan Law’ bagi melindungi orang awam yang memberikan pertolongan cemas kepada mangsa di tempat kejadian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini, akta itu tiada di negara ini dan Malaysia dilihat agak terkebelakang berbanding negara-negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) yang telah mempunyai akta berkenaan.

“Akta Good Samaritan Law ini penting untuk kita gubal dalam tempoh Parlimen ke-15 ini dengan matlamat menjadikannya setaraf dengan amalan di negara-negara lain.

“Saya tidak dapat memberi jaminan bila, tetapi, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin. Kita ada tempoh tiga tahun lagi untuk memastikan Akta Good Samaritan Law ini menjadi kenyataan,” katanya selepas merasmikan program 1st Malaysia Community First Responder Conference di sini hari ini.

Untuk rekod, Akta Good Samaritan Law ialah satu akta yang diiktirafkan untuk melindungi orang awam yang memberikan pertolongan cemas di tempat kejadian. Namun, pengiktirafan tersebut mungkin berbeza dari satu negara ke negara lain.

Menurut Dzulkefly, beliau akan membawa hasil daripada persidangan 1st Malaysia Community First Responder Conference yang berkaitan dengan Akta Good Samaritan Law itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya