AI, ekonomi digital pertingkat KDNK negara

AI, ekonomi digital pertingkat KDNK negara

ANWAR Ibrahim melawat salah sebuah gerai pameran AI selepas Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digital mampu meningkatkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 25.5 peratus menjelang tahun 2025 .

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, status negara berpendapatan tinggi juga hanya akan berlaku sekiranya di dorong dengan ekonomi digital.

Justeru katanya, proses transformasi perlu dilaksanakan di pelbagai peringkat dan tidak terikat dengan pendekatan lama agar hasrat membangunkan negara menerusi AI dan ekonomi digital tercapai.

“Cara dan kaedah lama harus ada peralihan atau anjakan paradigma yang menuntut perubahan sistem.

“Anjakan ini akan mengenal pasti kefahaman. Malah, kita harus faham kalau kita tiada kepantasan luar biasa, kita akan tewas dan cita-cita menjadi (seperti) alam maya.

“Sebab itu membina satu ekosistem itu satu kemestian termasuk mewujudkan Pejabat AI bagi membantu merencana dan menyelaras hasrat kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Anwar, penjawat awam dan pemimpin termasuk daripada parti politik juga digesa meningkatkan pengetahuan dalam aspek teknologi AI.

“Perubahan harus cepat, tepat dan terjamin daripada segi mutu. Setiap orginisasi juga menerima AI dalam setiap kerja bagi meningkatkan daya lebih kompetitif,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, penyertaan negara besar dari Eropah, China dan Amerika Syarikat (AS) dalam penubuhan NAIO jelas membuktikan sikap Malaysia yang terbuka menjalinkan hubungan mana-mana negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya