AI bukan faktor hilang kerja - Anwar

AI bukan faktor hilang kerja – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Perasmian  Pejabat AI Kebangsaan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini bukan faktor kepada kehilangan banyak pekerjaan.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar menerima kemajuan teknologi maklumat (IT) secara meluas seiring dengan perkembangan semasa. 

Beliau berkata, ia terbukti menerusi revolusi pendigitalan yang berlaku sebelum ini sehingga mencetuskan kebimbangan.

“Sewaktu dulu ketika  penggunaan IT, ramai orang bimbang tapi kita boleh sebenarnya. Maknanya keupayaan pemikiran untuk menyelesaikan masalah ini tetapi latihan sangat perlu dan mendesak.

“Sebab itu kita perlu melatih keupayaan anak tempatan untuk memberikan perisian supaya apa yang diberikan, dilontarkan AI itu adalah yang dimasukkan oleh kita bukan hanya dimasukkan oleh pandangan Barat atau Timur atau sistem lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian  Pejabat AI Kebangsaan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. 

Jelas beliau lagi, kerajaan terus komited untuk melatih anak tempatan seperti yang dilakukan dalam program MyMahir dan menyasarkan  untuk  melatih 50,000 orang dalam Kemahiran, Pengaturcaraan dan Analisis Data (AI) pada tahun depan.

“Saya tambah soal pemupukan nilai. Apa yang penting dalam negara kita, Madani ini ialah soal identiti, nilai, moral, etika kerana kita bicara soal manusia, kita tidak bicara soal mesin. Kita tidak hanya bicara AI dari segi mesin, kita bicara manusia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya